3 Ciri-ciri kucing bengal
yang asli | Baiklah, kali ini aku cuba untuk kongsikan dengan semua
bagaimana untuk kenal pasti kucing Bengal yang asli. Bila sebut kucing Bengal yang
asli ni, sudah pasti ramai yang berfikiran ada kucing yang tidak asli. Betul tak?
jawapannya sudah pasti ada. Kerana ramai yang tidak menjaga keturunan Bengal itu
sendiri dengan mengkacukkan kucing Bengal dengan baka yang lain. Sebab itu kita
boleh tengok banyak kucing biasa yang mempunyai corak seakan-akan kucing Bengal.
3 Ciri-ciri kucing bengal
yang asli.
#1. Kepala kucing Bengal.
Bentuk kepala kucing Bengal berukuran besar dan panjang,
tetapi kalau nak dibandingkan dengan tubuhnya, ianya nampak kecil. Kucing Bengal
mempunyai leher yang besar dan tubuh yang berotot. Hidung kucing Bengal juga
sedikit besar dan lebar. Telinga kucing Bengal meruncing ke atas dan mempunyai
mata yang lebar.
#2. Badan kucing Bengal.
Kucing betina dewasa biasanya memiliki berat badan sekitar
4-5 kilogram manakala berat badan kucing jantan pula biasanya mencapai sehingga
10 kilogram. Badan kucing Bengal biasanya lebih panjang daripada kucing biasa. Dan
ekornya juga lebih panjang.
#3. Warna kucing Bengal.
Pola warna yang terdapat pada bulu kucing bengal memang
sangat khas, iaitu berwarna coklat, gold, silver, snow dan disertai bintik
kehitam-hitaman. Corak pada badan kucing Bengal juga berbeza mengikut jenis
kucing Bengal *akan dikongsikan nanti*
Baiklah, inilah 3 perkara asas untuk kita mengetahui
keaslian kucing Bengal. Yang sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh lihat
pada seekor kucing Bengal asli tetapi 3 perkara asas ini adalah perkara yang
paling penting. J
No comments:
Post a Comment