Oklah, jom kita tengok gambar-gambar charcoal Bengal yang aku ambil dari koleksi rakan-rakan Bengal yang dikongsikan di dalam google.
Tamingsari bengal terletak di Negeri Hang tuah.Amat meminati bengal dari jenis Charcoal. Juga memiliki bengal dari jenis yang lain.
Wednesday, June 14, 2017
Oklah, jom kita tengok gambar-gambar charcoal Bengal yang aku ambil dari koleksi rakan-rakan Bengal yang dikongsikan di dalam google.
3 Ciri-ciri kucing bengal yang asli.
3 Ciri-ciri kucing bengal
yang asli | Baiklah, kali ini aku cuba untuk kongsikan dengan semua
bagaimana untuk kenal pasti kucing Bengal yang asli. Bila sebut kucing Bengal yang
asli ni, sudah pasti ramai yang berfikiran ada kucing yang tidak asli. Betul tak?
jawapannya sudah pasti ada. Kerana ramai yang tidak menjaga keturunan Bengal itu
sendiri dengan mengkacukkan kucing Bengal dengan baka yang lain. Sebab itu kita
boleh tengok banyak kucing biasa yang mempunyai corak seakan-akan kucing Bengal.
3 Ciri-ciri kucing bengal
yang asli.
#1. Kepala kucing Bengal.
Bentuk kepala kucing Bengal berukuran besar dan panjang,
tetapi kalau nak dibandingkan dengan tubuhnya, ianya nampak kecil. Kucing Bengal
mempunyai leher yang besar dan tubuh yang berotot. Hidung kucing Bengal juga
sedikit besar dan lebar. Telinga kucing Bengal meruncing ke atas dan mempunyai
mata yang lebar.
#2. Badan kucing Bengal.
Kucing betina dewasa biasanya memiliki berat badan sekitar
4-5 kilogram manakala berat badan kucing jantan pula biasanya mencapai sehingga
10 kilogram. Badan kucing Bengal biasanya lebih panjang daripada kucing biasa. Dan
ekornya juga lebih panjang.
#3. Warna kucing Bengal.
Pola warna yang terdapat pada bulu kucing bengal memang
sangat khas, iaitu berwarna coklat, gold, silver, snow dan disertai bintik
kehitam-hitaman. Corak pada badan kucing Bengal juga berbeza mengikut jenis
kucing Bengal *akan dikongsikan nanti*
Baiklah, inilah 3 perkara asas untuk kita mengetahui
keaslian kucing Bengal. Yang sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh lihat
pada seekor kucing Bengal asli tetapi 3 perkara asas ini adalah perkara yang
paling penting. J
Tuesday, June 13, 2017
Welcome to blog Bengal Malaysia
Sumber : google
Hi all. Selamat datang ke blog Bengal Malaysia. 1 blog yang ditubuhkan kerana minat yang mendalam pemilik blog ini kepada kucing jenis bengal. Yang sebenarnya agak lama juga minat pada kucing bengal ini timbul cuma masa dan kewangan agak terbatas ketika itu. Alhamdulilah, kini, kucing bengal semakin di minati di Malaysia. Dan semakin ramai breeder-breeder terbaik ada di malaysia dengan kucing-kucing mereka yang sangat berkualiti tinggi.
Blog Bengal malaysia ini bukan sahaja akan berkongsikan cerita mengenai pelbagai jenis kucing bengal, malah akan berkongsikan juga cerita-cerita terkini, baka bengal yang ada, juga tips-tips terbaik di dalam penjagaan kucing bengal.
Ilmu-ilmu perkongsian yang ada juga sudah pasti di ambil daripada mereka yang sudah lama berada di dalam "dunia bengal".
Semoga tertubuhnya blog ini akan memeriahkan lagi dunia kucing bengal di malaysia! InsyaAllah. amin. Terima kasih semua! 😁
Subscribe to:
Posts (Atom)