Wednesday, July 19, 2017

6 Fakta Menarik mengenai kucing Bengal.

6 Fakta Menarik mengenai kucing Bengal.
Sumber google

6 Fakta Menarik mengenai kucing Bengal | Kucing Bengal tidak seperti kebanyakkan kucing lain. Ini adalah kerana, kucing ini termasuk di dalam kategori haiwan istimewa. Dan atas alasan itulah, kenapa ramai yang mencari baka kucing dari jenis Bengal. Spesis ini juga termasuk di dalam senarai haiwan termahal dunia! Jom kita tengok 6 ciri-ciri menarik yang pada seekor kucing Bengal.

6 Fakta Menarik mengenai kucing Bengal.


#1. Suka menyorokkan harta benda.

Banyak juga dari kalangan mereka yang bela kucing Bengal ni mengadu, yang kunci kereta dan barangan lain selalu hilang. Puas cari 1 rumah tapi tak berjumpa. Kalau di dalam keadaan genting, haru biru juga jadinya kan? Tapi cari punya cari, akhirnya tahu jumpa dekat mana? Dekat bawah karpet la. Dekat dalam rumah dia la. Dekat tempat dia tidur la. Dan atas alasan inilah kenapa ramai yang mengelarkan haiwan ini di antara haiwan yang cerdik dan nakal! Hehehe.

#2. Memiliki DNA kucing liar.

Kena tahu yang asal usul kucing Bengal ni adalah daripada ALC (Asian leopard cat) ataupun kucing hutan. Jenis kucing hutan ni kan liar dan ada masanya kucing Bengal boleh menjadi sangat aktif dan liar juga! Tapi tidaklah sampai ke tahap mencederakan pemiliknya berbanding kucing hutan tu. Masih boleh dibelai, dicium dan di peluk. Cuba korang peluk kucing hutan, mesti dia “kiss” korang balik! Siap tinggalkan tanda lagi. Hehehehe.

#3. Perlukan ruang yang luas.

Jangan letak kucing Bengal dalam sangkar yang kecik! Kalau letak juga, dia akan jadi stress. Bila kucing stress, bulu kucing Bengal boleh jadi tak cantik, dan dia juga boleh jatuh sakit dan lebih teruk lagi, mati! Kucing Bengal ni aktif dan dia perlukan ruang yang sangat besar untuk dia berlari dan memanjat! Jadi kalau korang ada impian nak bela kucing Bengal, kenalah pastikan rumah dia nanti “besar” dan juga selesa. J

6 Fakta Menarik mengenai kucing Bengal.
Sumber google


#4. Amat menyukai air.

Ahha! ini yang sangat menarik mengenai Bengal! Dia sangat sukakan air berbanding dengan kucing biasa. Kucing Bengal sangat suka bermain dengan air dan benda-benda yang bergerak di dalam nya. Jadi kalau di rumah korang ada kolam ikan, hati-hati la ya. Takut nanti dia berkawan pulak dengan ikan korang tu. Hehehe.

#5. Suka berbual.

Kucing Bengal sangat memerlukan perhatian daripada pemiliknya. Dan jika korang selalu bz dengan kerja, janganlah bela kucing Bengal sebab kesian dekat dia. Kucing Bengal ni terkenal dengan sifatnya yang suka berbual. Walaupun kita tak sesekali faham apa yang dia nak sampaikan, tapi kita layankan jelah dia ye! Buat macam kita faham.
#6. Seekor yang setia!

Macam nak tulis, seorang yang setia tapi tak boleh sebab dia kucing! Hehehe. Kucing Bengal di anggap seekor haiwan yang setia dan “kenal” siapa di dalam keluarganya. Kucing Bengal akan memilih sendiri siapa yang berada di dalam rumah kita untuk dia sayang! Kan menarik bunyinya? Dan bila dia dah pilih, memang dia susah lah nak berpisah dengan orang tu nanti. Hehehe.


Wednesday, June 14, 2017

gambar charcoal bengal

Koleksi gambar charcoal bengal yang cukup cantik! | Jika ditanya, jenis Bengal yang macamana yang menjadi pilihan hati aku, sudah pasti jawapannya adalah charcoal Bengal! Pada aku, warnanya cukup cantik sama seperti harimau kumbang! Kalau nak bela harimau kumbang tu memang akan mustahil la kan, kalau dapat bela sekalipun, belum tentu dapat belai, jadi dengan adanya charcoal Bengal ni, dapatlah mengantikan minat aku pada haiwan ini. 

Oklah, jom kita tengok gambar-gambar charcoal Bengal yang aku ambil dari koleksi rakan-rakan Bengal yang dikongsikan di dalam google.



gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal


gambar charcoal bengal